VIDEO: Dua maut lori muatan baja terbabas dalam gaung










BENTONG – Dua lelaki maut selepas lori muatan baja yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kilometer 43.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa, Nazli Misnon, 56, yang memandu lori bersama rakannya, Anwar Tushali Arimi Mualimin, 25, dalam perjalanan dari Sabak Bernam, Selangor ke Raub.

“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai pemandu lori hilang kawalan semasa melalui satu selekoh ke kanan jalan lalu terbabas di sebelah kiri jalan dan masuk ke dalam gaung.

“Akibat kemalangan tersebut kedua-dua mangsa iaitu pemandu lori pertama dan kedua mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kamarulzaman mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan siasatan giat dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah berselekoh dan semasa kejadian permukaan jalan kering serta cuaca baik tiada hujan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan ini berpunca daripada kecuaian pemandu lori kerana gagal mengawal kenderaannya sehingga terbabas,” ujarnya. – K! ONLINE

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
2 September 2021, 7:18 pm
Video/gambar: Bomba / media sosial

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong

Nenek di Brazil lahirkan cucu sendiri

Jumpa mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kaki