VIDEO: Mayat lelaki dijumpai terapung dalam Sungai Pandan




JOHOR BAHRU – Mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Pandan, Jalan Masjid, Kampung Melayu Pandan di sini semalam tidak menunjukkan sebarang kesan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat seorang lelaki warganegara tempatan berusia 38 tahun kira-kira pukul 4.32 petang.

“Lokasi mangsa ditemui adalah di kawasan projek pembinaan tembok tapisan sampah dan telah ditemui oleh seorang pekerja sub kontraktor di bawah Majlis Bandaraya Johor Bahru.

“Ketika mayat itu ditemui, pekerja tersebut sedang menjalankan projek pembinaan perangkap sampah di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, pihaknya mendapati mangsa lengkap berpakaian dengan memakai baju dan seluar pendek berwarna hitam. Turut ditemui dompet yang mengandungi dokumen kad pengenalan dan lesen memandu.

“Polis turut tidak mengesan sebarang kecederaan fizikal luaran pada tubuh mangsa,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, mayat mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk proses bedah siasat.-K! ONLINE

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
19 September 2021, 3:25 pm
Video: Pembaca info semasa

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong