VIDEO: Gaduh angkara wanita? Lelaki ditangkap





MIRI: Seorang lelaki ditahan polis kerana  disyaki terlibat satu pergaduhan di  hadapan  sebuah pasar raya di Riam di sini, semalam.

Suspek berusia 27 tahun itu  ditangkap berikutan satu video tular  merakamkan  pergaduhan melibatkan dua lelaki dan seorang perempuan di hadapan  sebuah  pasar  raya berkenaan.

Hasil  tangkapan, polis  turut  merampas  sekeping kayu papan digunakan  suspek  semasa kejadian.

Setakat ini, punca sebenar kejadian  masih  dalam siasatan  polis.

Kredit: Sana Sini Sinun

#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong