Lelaki maut langgar belakang lori


BINTULU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori membawa muatan baja di Jalan Pesisir Bintulu-Kuala Tatau, malam tadi.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam itu, mangsa yang berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


“Siasatan awal mendapati pemandu lori terbabit yang datang dari arah bandar Bintulu menghala ke Pusa telah berhenti di tepi jalan untuk memeriksa lampu brek.

"Selesai memeriksa lampu brek pemandu terbabit meneruskan perjalanan sebelum  terdengar bunyi dentuman dari arah belakang.

"Pemandu lori itu kemudian memberhentikan kenderaan dan turun untuk memeriksa dan nampak sebuah motosikal dan penunggang terbaring di bawah lori," katanya.

Alexson berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

#SuaraSarawak
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong