Dilapor Tidak Berfungsi Sejak 1997, Misteri Rangka Manusia Ditemui Pada Lif Hospital Ketika Hendak Diselenggara Setelah 24 Tahun



Satu rangka lelaki ditemui di dalam sebuah lif yang sudah lama tidak digunakan di sebuah hospital di Uttar Pradesh, lapor India Today.

Menurut portal itu, lif berkenaan telah dibuka semula selepas 24 tahun untuk menjalani penyelenggaraan.

Lantaran penemuan berkenaan, pihak polis dan jabatan forensik telah mengambil sampel rangka tersebut untuk menjalani ujian DNA.

Memetik kenyataan pihak polis tempatan, pembinaan hospital 500 katil itu dipercayai bermula sejak 1991. Lif terbabit dipercayai berfungsi seperti biasa sehingga ia dilaporkan tidak berfungsi pada 1997.

Tambah portal itu, pihak polis kini sedang memeriksa laporan orang hilang sejak 24 tahun lalu bagi mengenalpasti identiti individu terbabit.

Setakat ini, identiti lelaki berkenaan masih belum dapat dikenalpasti. Malah, bagaimana dia meninggal dunia dan sebab jasadnya berada dalam lif tersebut selama bertahun-tahun masih menjadi misteri, tulis India Today.

Sumber: India Today
Amira / Siakap Keli

#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong