Budak 21 bulan kena gigit kera depan rumah


SEREMBAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 21 bulan terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar selepas digigit seekor kera di halaman rumahnya di Taman Dusun Nyior, di sini, 8.40 pagi tadi.


Insiden berkenaan disahkan oleh Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun.

Menurut Wan Mat, pihaknya menerima aduan daripada seorang perempuan yang mendakwa anak buahnya mengalami kecederaan akibat gigitan seekor kera di halaman rumah dan segera dikejarkan ke hospital berhampiran.


“Bertindak atas aduan, anggota jabatan Perhilitan hadir ke rumah mangsa untuk melihat keadaan dan situasi di rumah mangsa. Semasa sampai di rumah mangsa, kera yang menyerang mangsa masih ada atas pokok seberang jalan di hadapan rumah mangsa, dan pihak Jabatan telah menembak mati kera tersebut.

“Kera jantan dewasa seberat kira-kira lapan kilogram telah dibawa ke pejabat untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.


Wan Mat berkata, kanak-kanak berkenaan kini masih lagi berada di hospital dan ditahan di wad bagi rawatan lanjut susulan mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.

Menurutnya, pihak Perhilitan akan membantu keluarga mangsa dengan memohon keluarga mangsa mengisi borang tabung serangan binatang buas. -K! ONLINE.

Oleh KOSMO!
21 September 2021, 9:32 pm
Gambar: Pembaca info semasa

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong