MUTAKHIR ini, ramai anak muda menggunakan platform YouTube untuk berkongsi pelbagai kandungan yang mereka hasilkan buat tatapan umum. Rozana Mohaman Hamidi, 23, adalah antara anak muda yang mengambil peluang tersebut dengan menghasilkan saluran YouTube sendiri, Rozek TV. Dia yang mesra dengan panggilan Rozek menjelaskan, saluran YouTube itu menyiarkan kandungan berkaitan masakan. “Saya memang minat memasak sejak kecil. Sebelum ini, saya sering memasak dan berkongsi video di laman sosial Instagram peribadi. “Cuma di Instagram, saya tidak boleh berkongsi video berdurasi panjang. Lalu saya terfikir untuk menghasilkan saluran YouTube sendiri untuk berkongsi video-video tersebut agar lebih dekat dengan peminat masakan,” jelasnya yang berasal dari Batu Kurau, Perak. Dia mula menghasilkan saluran Rozek TV pada Mac tahun lalu. Walaupun baru setahun lebih, saluran yang dihasilkannya itu mempunyai lebih 100,000 pengikut. Bagi membolehkan setiap video berkenaan menjadi perhati
SELANGOR 16/09/2021. Kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dipercayai melanggar belakang sebuah kereta di Lebuhraya LATAR , Km 22.2 arah barat, Rawang ke Kuala Selangor pada petang tadi. #infosemasa
KOTA BHARU – Umur seorang lelaki yang dipercayai mengalami kemurungan masih panjang apabila dia ditemui dalam keadaan selamat, selepas terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan pertengahan 40-an diselamatkan oleh orang awam apabila terjatuh ke kawasan tanah di bawah jambatan tersebut. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati orang awam melihat mangsa menunggang motosikal seorang diri sebelum terjun dari Jambatan Tendong. Menurutnya, lelaki itu diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dia dibawa ke Klinik Kesihatan Tendong, Pasir Mas dengan menaiki ambulans. “Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil. “Siasatan turut mendapati, mangsa merupakan seorang duda dan tinggal bersama i
Comments
Post a Comment