Mayat wanita tersangkut pada dahan pokok


HULU SELANGOR – Mayat seorang wanita ditemui tersangkut pada dahan pokok di dalam sungai di Rimba Kali Camp Site, Jalan Batang Kali-Genting, dekat sini hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kejadian pukul 1.11 petang.


“Panggilan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memohon khidmat khas kita untuk mengambil mayat mangsa.

“Seramai lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi,” ujarnya hari ini.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian didapati mayat seorang wanita terapung dan tersangkut pada dahan pokok yang berada di dalam sungai.

“Petugas telah mengambil mayat tersebut dan menyerahkannya kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini identiti lengkap mangsa belum dapat dikenal pasti, namun mangsa dipercayai berusia anggaran 30-an,” ujarnya. – K! ONLINE

Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI
26 September 2021, 5:25 pm
Gambar: Bomba

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong