Lelaki maut ditembak selepas disangka kera


Miri: Disangka kera, seorang lelaki maut ditembak ketika memanjat pokok buah tarap setinggi 10 meter di Kampung Kejapil Bekenu, di sini.

Kejadian berlaku pada 12 tengah hari semalam, menyebabkan mangsa, Mohamad Hallim Jamee, 32, tersangkut di atas pokok dan terpaksa dibawa turun oleh pasukan penyelamat.


Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, mangsa meninggal dunia serta-merta selepas ditembak lelaki berusia 70 tahun yang berasal dari kampung sama yang menyangkanya kera.

Katanya, pihaknya meminta bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah untuk khidmat khas menurunkan mangsa.


"Pasukan bomba menggunakan tali khas berjaya membawa turun mangsa pada jam 4.40 petang dan kita menahan suspek untuk membantu siasatan.

"Anggota turut merampas selaras senapang patah dan 13 butir peluru hidup dipercayai digunakan suspek," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Miri untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.

Disiarkan pada: September 10, 2021 @ 2:02pm
Oleh Erika George
am@hmetro.com.my

#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong