Ibu maut, bayi cedera kemalangan


SIK – Seorang wanita berusia 30 tahun maut selepas kereta dinaiki terbabas lalu merempuh penghadang jalan di Jalan Jeniang-Sik-Pedu dekat Kampung Surau di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Siti Fatimah Md. Noor maut di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman.

Tiga lagi mangsa iaitu pemandu kereta jenis Proton Waja, Mohd. Zamani Md. Saad, 35, yang merupakan suaminya serta bayi mereka berusia lapan bulan dan ibunya, Rokayah Che Oon, 60, mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman memberitahu, siasatan mendapati kereta dinaiki empat mangsa itu dalam perjalanan dari arah rumah mereka di Kampung Belantik ke Pekan Sik.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi di tepi jalan.

“Akibat kejadian itu, pemandu serta dua penumpang tercampak keluar dan mengalami kecederaan manakala penumpang hadapan meninggal dunia di dalam kereta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa yang meninggal dunia telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987. – K! ONLINE

Oleh NORLIA RAMLI
14 September 2021, 11:57 pm
Gambar: pembaca info semasa

#Kosmo
#infosemasa






Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong