Penunggang motosikal maut digilis lori





SUNGAI SIPUT – Akibat melanggar lampu isyarat merah, seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah lori di Kilometer 28.5, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di sini hari ini.


Kejadian pada pukul 8.15 pagi berhampiran lampu isyarat menghala Lintang itu mengorbankan lelaki berusia 60-an yang maut di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian berlaku ketika lori muatan tanah dipandu lelaki berusia 30-an itu dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh.


Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, sebuah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mangsa dari arah Lintang ke Sungai Siput dipercayai telah melintas dan melanggar lampu isyarat merah.


“Tindakan mangsa menyebabkan pemandu lori tidak sempat mengelak dan memberhentikan kenderaan lalu melanggar dan menggilis mangsa.


“Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan pemandu lori pula ditahan untuk siasatan lanjut.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE



Oleh ASLIZA MUSA

21 September 2021, 12:39 pm
Video/gambar: Media sosial

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong