Lelaki ditemui terdampar atas batu di Pulau Pangkor


LUMUT – Seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun ditemui terdampar dalam keadaan lemah dan separuh sedar di atas batu di perairan Teluk Dalam, Pulau Pangkor tengah hari semalam.


Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, sepasukan enam anggota bersama bot Benteng 6 dikerah ke lokasi sebaik menerima maklumat awam.


Menurut beliau, pasukan itu tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.10 tengah hari bagi melakukan pemindahan perubatan (Medevac) menyelamatkan mangsa.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota menemui mangsa dalam keadaan lemah dan separuh sedar terbaring di atas batu dan memberikan bantuan kecemasan bersama nelayan tempatan.

“Mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan sebelum dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Jelas Shahrizan, punca kejadian masih disiasat berikutan mangsa masih trauma serta lemah dan tidak dapat berkomunikasi.

Katanya, APMM Perak meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737. -K! ONLINE

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
12 September 2021, 10:47 am
Gambar APMM

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong