Lelaki hampir putus tangan ditetak jiran

Rodzi menunjukkan kesan darah di lokasi kejadian di Kampung Kelubi Dalam, Jitra. FOTO Zuliaty Zukiffli

Jitra: Lelaki hampir putus pergelangan tangan kiri dipercayai akibat ditetak jirannya dalam kejadian amuk di hadapan rumah di Kampung Kelubi Dalam di sini, hari ini.

Dalam 2.10 petang itu, mangsa yang berusia 27 tahun dipercayai ke rumah suspek berusia 29 tahun sebelum berlaku pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, dalam kejadian pada 2.10 petang itu, mangsa berusia 27 tahun dipercayai ke rumah suspek berumur 29 tahun, sebelum berlakunya pergaduhan.

Katanya, mereka dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dan masing-masing menggunakan senjata tajam iaitu parang dan sebilah pedang.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di pergelangan tangan kiri dipercayai hampir putus, manakala suspek cedera di bahagian perut.

"Mangsa dihantar ke Hospital Jitra untuk rawatan manakala suspek ditahan untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Rodzi berkata, pihaknya merampas parang dan sebilah pedang, manakala siasatan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan mendapatkan keterangan saksi, selain suspek didapati pesakit mental dan mempunyai kad rawatan.

Disiarkan pada: September 20, 2021 @ 7:00pm
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong