Penunggang maut motosikal langgar kereta



LIPIS – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 15 Jalan Lipis – Merapoh berhampiran Kampung Relong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 5.41 petang itu berlaku ketika mangsa Che Muhammad Fikri Che Hussin,21, dalam perjalanan dari arah bandar Lipis ke Relong manakala kereta dari arah yang sama.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu kereta telah membelok ke kanan jalan menghala ke arah Merapoh sebelum motosikal ditunggang mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar sebelah kanan kereta.

“Penunggang motosikal mengalami keceraan parah di bahagian kepala dan kaki manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa dihantar ke Hospital Lipis dan disahkan meninggal dunia pada pukul 7.04 petang.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih giat dijalankan. -K! ONLINE

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
30 September 2021, 10:03 am

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong