Wanita berstatus PUS Covid-19 ditemukan lemas dalam parit








Batu Pahat: Wanita warga emas ditemukan lemas dalam parit di Kampung Parit Bentong, Jalan Parit Jalil, Tongkang Pechah dekat sini, hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata, mangsa berusia 73 tahun ditemukan dalam parit sedalam 1.5 meter pada 11.54 pagi.

"Dipercayai keluarga mangsa menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sejak semalam.

"Orang ramai kemudiannya berusaha mencarinya hingga penemuan mayat mangsa di dalam parit berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihak bomba kemudiannya mengangkat mayat mangsa dalam tempoh lima minit dengan memakai pakaian perlindungan diri selepas mengetahui mangsa adalah pesakit dalam pemantauan (PUS) Covid-19.

Katanya, mayat itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi berkenaan kemudiannya ditamatkan pada 12.39 tengah hari," katanya.

Disiarkan pada: September 26, 2021 @ 7:55pm
Oleh Essa Abu Yamin
am@hmetro.com.my
Video / Gambar: Bomba / Media sosial

#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong