Berebut kawasan jual dadah motif bunuh penternak lembu


SUNGAI PETANI – Perebutan kawasan jual dadah antara dua kumpulan kongsi gelap dipercayai menjadi motif utama seorang penternak lembu dibunuh dalam kejadian di Kongsi Estet 14, Bukit Selambau dekat sini pada 24 Ogos lalu.


Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan yang dijalankan terhadap tujuh suspek yang ditahan menjurus kepada motif tersebut.

“Bagaimanapun, kita masih meneruskan siasatan lanjut untuk mengetahui motif sebenar penternak lembu berusia 38 tahun itu dibunuh.

“Kita juga akan berbincang dengan pihak pendakwaan untuk tindakan seterusnya kerana terdapat suspek yang akan tamat tempoh reman pada esok,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini hari ini.

Kata beliau, reman tiga suspek yang ditahan sejak kejadian tamat pada esok manakala empat lagi suspek pada 10 September ini.

Kosmo! pada 25 Ogos lalu melaporkan seorang penternak lembu ditemui mati dengan kesan tikaman di dada serta tembakan di bahagian depan dan belakang badannya di Estet Kongsi Estet 14, Bukit Selambau. – K! ONLINE

Oleh OTHMAN YAHAYA
4 September 2021, 6:18 pm
Gambar: PDRM/media sosial

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong

Nenek di Brazil lahirkan cucu sendiri

Jumpa mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kaki