Lorong kunyit kembali beraksi, enam lelaki ditahan

KUANTAN – Lima lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan ditahan selepas berpakaian wanita di tempat awam dipercayai terlibat dengan aktiviti tidak bermoral, di sekitar bandar raya ini, malam semalam.

Mereka yang berusia 30 hingga 35 tahun itu ditahan dalam ‘Ops Pasar’ yang dijalankan di sekitar lorong pasar dan Jalan Wong Ah Jang yang dikenali sebagai Lorong Kunyit di sini, antara pukul 3.30 petang hingga 7 malam.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin berkata, operasi berkenaan dilakukan hasil daripada maklumat awam berhubung kewujudan perlakuan lelaki berpakaian wanita di dua lokasi terbabit beberapa hari lalu.

“Hasil siasatan mendapati, lima warga asing itu yang ditahan itu bukan sahaja melakukan kesalahan berpakaian wanita malah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal melebihi tempoh di negara ini.

“Manakala lelaki tempatan itu pula mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan berpakaian wanita di tempat awam,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, malam semalam.

Menurut Muhammed Rizal ketika serbuan dilakukan kesemua suspe berpakaian menyerupai wanita yang dipercayai sedang menunggu pelanggan bagi aktiviti tidak bermoral di sekitar kawasan terbabit

Katanya, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 manakala lima warga asing terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 61 (1) (c) Akta Imigresen kerana tiada pas perjalanan dan Seksyen 15 (1)(c) kerana tinggal melebihi tempoh.

Tambahnya, lima warga asing berkenaan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA
12 September 2021, 2:13 pm

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong