Pembantu perubatan maut, ambulans KKM kemalangan


KLUANG – Seorang pembantu perubatan menemui ajal apabila ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam di sini, hari ini.


Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Aidil Hamidun, 27, dengan insiden itu turut menyebabkan pemandu ambulans, Othman Ghafan, 50, dan seorang pesakit wanita cedera parah.



Sementara itu, dua lagi penumpang terdiri daripada lelaki dan wanita yang juga pesakit yang dibawa cedera ringan.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Abd. Rahim Razali berkata, maklumat awal mendapati ambulans terbabit dalam perjalanan membawa tiga mangsa kemalangan di Machap menuju ke Hospital Kluang.


“Sampai di lokasi kejadian, ambulans berkenaan terlibat kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam, Kluang.


“Kemalangan itu menyebabkan berlaku kebakaran ke atas ambulans terbabit sebelum berjaya dipadamkan orang awam menggunakan alat pemadam api,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa kemalangan di Machap yang diambil oleh Ambulans tersebut

Abd. Rahim berkata, sejurus pihaknya sampai di tempat kejadian, api sudah dipadamkan sebelum melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia.

Kemalangan di Machap

Jelasnya, pemandu ambulans serta tiga mangsa yang lain dikejarkan ke Hospital Kluang untuk rawatan lanjut manakala, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis.

Pemandu lori yang berusia 35 tahun dilaporkan selamat dan operasi ditamatkan pada pukul 9.24 malam sebentar tadi. – K! ONLINE

Oleh NUR NABILAH RAHMAT
7 September 2021, 11:56 pm
Gambar media sosial

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong