Baim Wong bina rumah untuk pekerjanya

Baim Wong ketika hadir ke rumah orang tua pengawal keselamatannya ( gambar kecil: pengawal keselamatannya)

JAKARTA 09 Sept - Artis terkenal Indonesia, Baim Wong atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim sekali lagi menerima pujian ramai apabila dia membaik pulih rumah salah seorang daripada pekerjanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabatnya baru-baru ini.




Melalui video yang dimuatnaik dalam saluran YouTube Baim Paula, Baim membuat kejutan dengan pergi ke rumah orang tua pekerjanya untuk melihat keadaan rumahnya.

Kelihatan rumah tersebut agak usang dan diperbuat daripada rotan.

Setibanya Baim Wong ke rumahnya, ternyata kedua orang tua kepada pekerjanya tidak mengenalinya dan selepas berbual seketika barulah Baim Wong memperkenalkan dirinya.

Kedua orang tua tersebut ternyata terkejut dengan kehadiran majikan kepada anaknya itu ke kediaman mereka.




Sebelumnya, orang tua kepada pengawal keselamatan tersebut yang dikenali sebagai "Pak Nurul" sempat menceritakan bahawa anaknya mendapat pekerjaan di Jakarta sebagai pengawal keselamatan kira-kira 5 bulan yang lalu di pejabat Baim, namun mengakui bahawa dia tidak mengetahui bahawa yang datang ke rumah adalah Baim Wong.

Baim Wong juga sempat memuji bahawa pengawal keselamatannya orang yang baik, rajin solat dan bacaannya juga sangat bagus tambahan pula kedua orang tuanya menyatakan bahawa anaknya sebelum ini pernah belajar di sekolah pondok.

Baim Wong lantas menyatakan bahawa kedatangannya adalah ingin melihat keadaan rumah mereka yang sebelum ini dia terlihat gambar keadaan rumah mereka  yang serba kekurangan membuatkan dia terpanggil untuk datang sendiri melihatnya.

Baim Wong menyatakan bahawa dia akan membaik pulih rumah tersebut membuatkan pasangan warga emas tersebut terkejut lantas mengucapkan terima kasih dengan kebaikan majikan kepada anaknya itu.

Baim Wong juga menyatakan bahawa anak kepada pasangan warga emas tersebut tidak tahu akan kehadirannya ke kediamannya dan meminta agar tidak memberitahu kepada anaknya kerana dia ingin membuat kejutan.

Setibanya di Jakarta, Baim Wong membuat kejutan kepada pengawal keselamatan tersebut dengan menyatakan dia telah pergi ke rumahnya dan akan membaik pulih rumahnya membuatkan pekerjanya itu terkejut lantas melakukan sujud syukur.

Terdahulu, Baim Wong juga pernah membaik pulih rumah milik pemandu peribadinya yang dikenali sebagai Pak Selamet.

Baim Wong juga kini dalam proses menyiapkan kediaman impiannya yang sebelum ini tergendala kerana terdapat beberapa masalah menyebabkan proses pembinaan terpaksa dihentikan seketika.

Video yang dimuatnaik ke saluran You Tube Baim Paula tersebut telah mencapai lebih 3  juta tontonan sejak dimuatnaik 4 hari yang lalu dan sempat menjadi sohorkini.

Baim Wong yang juga suami kepada Paula Verhoaven dan ayah kepada Kiano Tiger Wong memang terkenal dengan jiwa sosialnya kerana berkongsi aktiviti bersedekahnya melalui saluran YouTube - info semasa

#infosemasa 

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong