VIDEO: Staf hospital panik, warga emas atas bumbung

Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki warga emas dipercayai pesakit Covid-19 berlegar-legar di atas bumbung sebuah hospital.



PETALING JAYA – Kakitangan sebuah hospital digemparkan dengan kejadian warga emas yang yang dilihat berlegar-legar atas bumbung bangunan fasiliti kesihatan tersebut.

Menerusi video berdurasi seminit 31 saat yang dimuat naik di aplikasi Tiktok oleh pengguna dengan nama @kail01530 itu, warga emas tersebut dilihat seperti dalam keadaan keliru dan terhuyung-hayang.

Turut kedengaran suara beberapa individu lain cuba memujuk lelaki tersebut supaya tidak banyak bergerak kerana bimbang terjatuh.

Tidak lama kemudian, kelihatan dua pengawal keselamatan dan seorang individu lengkap lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) cuba menghampiri lelaki itu sambil terdengar laungan jururawat memaklumkan warga emas tersebut pesakit Covid-19.

Klip video itu yang tular sejak semalam mendapat lebih 63,000 reaksi dan 3,341 komen daripada pengguna aplikasi berkenaan, namun lokasinya tidak dinyatakan.

“Ya Allah, pakcik nak pergi mana, jangan macam ni. Kesian pada ‘frontliner’ mereka pakai PPE agak bahaya nak panjat. Semoga dua-dua mereka selamat,” kata @suhaila.

“Rasanya pakcik tu stres duduk dalam wad, bayangkan terkurung dalam wad semua orang sakit. Pintu depan ada jururawat, akhirnya keluarlah ikut tingkap,” ujar @niramoon.

Difahamkan, warga emas itu kemudiannya diselamatkan dan dimaklumkan berada dalam keadaan baik. Dia berkemungkinan bertindak demikian akibat kesan ubat yang diambil. – K! ONLINE

Oleh KOSMO!
4 September 2021, 5:29 pm
Video media sosial

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong

Nenek di Brazil lahirkan cucu sendiri

Jumpa mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kaki