Empat warga asing menyamun ditahan, seorang cedera


Kuala Lumpur: Seorang daripada empat warga asing yang juga suspek kes samun di hadapan sebuah bank di Cheras di sini, hari ini cedera ditembak polis.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 1 tengah hari.

"Empat suspek dipercayai dari negara Amerika Latin itu dikejar anggota polis selepas menyamun individu di luar bank berkenaan.


"Suspek dipercayai memancitkan tayar kereta mangsa ketika mangsa sedang mengeluarkan wang tunai sebanyak RM150,000 di bank terbabit," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.


Abdul Jalil berkata, susulan itu, anggota mengejar kenderaan dinaiki empat suspek itu yang termasuk dua wanita, dari kawasan bank terbabit hingga ke Jalan Berhala, Brickfields.


"Dalam kejadian itu, anggota melepaskan tembakan dalam usaha menghalang suspek melarikan diri, menyebabkan seorang daripada mereka cedera.


"Semua suspek berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Kami berjaya merampas wang RM150,000 yang disamun suspek berkenaan," katanya.


Disiarkan pada: September 3, 2021 @ 4:58pm
Oleh Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my
Gambar media sosial

#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong

Nenek di Brazil lahirkan cucu sendiri

Jumpa mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kaki