Masalah tersulit

GAMBAR HIASAN

London: Mengerikan apabila seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dari United Kingdom (UK) terpaksa dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan selepas kabel USB termasuk dalam alat sulitnya.

Daily Star melaporkan insiden berlaku ketika mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu mahu mengukur alat sulitnya.

Mangsa melakukan beberapa percubaan untuk membuangnya sendiri, tetapi tidak berjaya hingga menyebabkannya membuang air besar dalam kuantiti banyak.

Akhirnya, keluarga mangsa membawanya ke unit rawatan dan kecemasan, kata doktor dalam jurnal Urology Case Reports.

Kakitangan hospital cuba mengeluarkan kabel USB berkenaan menggunakan alat khas namun gagal dan mangsa kemudiannya dirujuk ke University College Hospital London untuk rawatan lanjut.

Mangsa bagaimanapun meminta untuk diperiksa tanpa ibunya hadir sebelum mengaku kepada kakitangan bahawa dia memasukkan kabel itu untuk mengukur kemaluannya kerana perasaan ingin tahu berkaitan seksual.

Hasil ujian imbasan sinar-X menunjukkan ukuran dan kedudukan simpulan yang tepat sebelum membawa mangsa menjalani pembedahan. - Agensi

Disiarkan pada: September 19, 2021 @ 6:30am
Oleh Agensi

#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong