Wanita maut dirempuh Myvi ketika bantu mangsa kemalangan





KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut dalam satu kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) dari arah Bulatan Kampung Pandan menghala ke Putrajaya semalam.



Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kira-kira pukul 10.15 malam di kilometer 7.3 Lebuh Raya MEX, sebuah kereta jenis Proton Saga putih telah hilang kawalan dan terbabas di lorong paling kanan.


“Susulan daripada itu, sebuah kereta jenis Nissan Almera berwarna putih yang dipandu seorang wanita telah berhenti di bahagian hadapan kereta Proton Saga tersebut untuk memberikan bantuan.



“Dalam masa yang sama beberapa kenderaan awam lain turut berhenti di bahu kiri jalan untuk memberikan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Jelasnya, secara tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna Ungu yang dipandu seorang lelaki lalu merempuh dua orang mangsa yang sedang memberikan bantuan.


“Kesemua mangsa membabitkan seorang wanita berusia 43 tahun maut di lokasi kejadian manakala seorang lelaki mengalami kecedraan parah dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Katanya, orang ramai dinasihati lebih berhati–hati dan mementingkan keselamatan diri ketika memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan kemalangan jalan raya terutamanya di kawasan yang berselekoh dan dalam keadaan yang gelap.


Tegasnya, tidak digalakkan juga untuk berhenti di kawasan kemalangan terlalu ramai bagi mengelakkan kesesakan dan ini akan menyebabkan kelewatan untuk pasukan keselamatan memberikan bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan kemalangan. – K! ONLINE

Oleh SYED MOHD HAZIQUE SYED NOR
29 September 2021, 2:03 pm
Video/gambar: PDRM / Media sosial

#Kosmo
#infoaemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong