Jumpa mayat lelaki belakang kuil


IPOH – Mayat seorang lelaki ditemui di kawasan belukar di belakang sebuah kuil di Jalan Lahat dekat Simpang Pulai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mayat lelaki berusia lingkungan 40an itu ditemukan orang awam sekitar pukul 12.15 tengah hari.

Katanya, siasatan di tempat kejadian dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Siasatan awal di tempat kejadian oleh pegawai penyiasat dan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -K! ONLINE.

Oleh ASLIZA MUSA
8 September 2021, 7:48 pm

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong