Jumpa mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kaki



 



INDONESIA 08 Disember -Satu mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kedua-dua belah kaki ditemui di tebing sungai dekat Perumahan Bumi Satria Kencana, kelurahan Kayuringin Jaya, Bekasi Selatan, semalam.

Mayat tersebut dijumpai sekitar jam 8 pagi waktu tempatan oleh pemilik bengkel berhampiran yang curiga dengan penemuan gunting dan pakaian berhampiran bengkel miliknya sekitar jam 8 pagi waktu tempatan ketika mahu memulakan perniagaan.

Keadaan mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kedua belah kaki


"Curiga dengan penemuan tersebut, beliau meninjau kawasan sekitar sebelum terkejut dengan penemuan mayat dalam keadaan mengerikan di tebing sungai dan bertindak melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis" katanya.

Ketua polis Metro Bekasi Kota, Kombes Pol. Wijonarko mengesahkan kejadian.

Keadaan mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kedua belah kaki


"Hari ini kita menerima laporan berhubung penemuan satu mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kedua-dua belah kaki juga tidak ada" katanya.

"Hasil siasatan awal ditampat kejadian, pihak polis menjumpai gunting, pakaian dan percikan darah di tepi jalan berhampiran penemuan mayat yang dipercayai ada kaitan dengan kes tersebut", katanya.

Keadaan mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kedua belah kaki


"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat dan kami percaya mangsa merupakan seorang lelaki yang masih muda dipercayai mati dalam tempoh kurang 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang masih baru dan tiada kesan lebam", katanya.

Hasil siasatan awal dilokasi tidak menemukan anggota tubuh mangsa yang lain dan unit forensik telah mengambil cap jari tangan kanan mangsa yang masih ada untuk mengenal pasti identiti mangsa.

Keadaan mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kedua belah kaki


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Polri Kramat Jati untuk siasatan forensik dan siasatan lanjut masih dijalankan, katanya. - Info Semasa

Oleh: Sharel

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong