Mayat lelaki reput ditemukan terapung



Labuan: Mayat lelaki dalam keadaan reput ditemukan terapung di kawasan paya bakau SK 33, Kampung Sungai Keling, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada 2.30 petang, orang ramai yang menemui mayat berkenaan bertindak menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan segera.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi selepas menerima laporan.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, mayat berkenaan terapung dalam keadaan mereput dan disyaki lelaki berdasarkan fizikal.

"Mayat berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Labuan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat diperolehi.

"Setakat ini pihak polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kehilangan mana-mana orang atau ahli keluarga," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil untuk menyalurkan maklumat kepada balai polis berdekatan.

Disiarkan pada: September 21, 2021 @ 7:48pm
Oleh Juwan Riduan
am@hmetro.com.my
Gambar: PDRM

#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong