Lelaki OKU mati lemas jatuh parit

GAMGAR: BOMBA

MUAR – Seorang pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam parit berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Pasir, di sini hari ini.

GAMBAR: BOMBA

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II, Shahrizal Mokhtar berkata, dalam kejadian pukul 4.23 petang itu, mangsa dikenali sebagai Muhamad Mustaqim Sulaiman, 30, ditemui orang awam di dalam sebuah parit yang berkedalaman kira-kira enam kaki.

“Mangsa dijumpai orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah dibawa naik ke atas darat sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Bomba kemudiannya bertindak memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa sementara menunggu pihak Kementeri Kesihatan  (KKM) tiba.

GAMBAR: BOMBA

“Bagaimanapun, setelah dibuat pemeriksaan oleh Pembantu Pegawai Perubatan KKM, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shahrizal berkata, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Oleh NUR ALINA HASSAN
24 September 2021, 10:50 pm
Gambar: Bomba

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong