‘VIDEO: Dua ekor toyol’ ditahan curi kotak amal masjid

Tangkap layar video yang tular



JAKARTA: Dua pelajar masing-masing berusia 15 dan 14 tahun bertindak mencuri kotak amal di Majsid Ikhlas Arrahman, Nagari Batang Barus dekat Solok, Ahad lalu.

CNN Indonesia melaporkan, aksi kedua-dua mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Mereka hanya menggunakan seluar dalam, topeng dan penutup kepala.

Aksi mereka itu tular dalam media sosial kerana dianggap ‘dua ekor toyol’ yang sering meresahkan hidup penduduk setempat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan pihak polis Solok.

Ketua Siasatan Jenayah Solok, Rifki Yudha Ersanda berkata, maklumat yang beredar itu merupakan kekeliruan tanpa ada fakta.

“Itu (berita toyol) hanya persepsi media tanpa fakta sebenar,” katanya.

Rifki berkata, alasan kedua pencuri tersebut tidak menggunakan pakaian karena dulu rakan pelaku dikenali melalui pakaian yang ia kenakan, sehingga mereka belajar daripada pengalaman, dan menanggalkan pakaian.

“Makanya dari pengalaman itu, mereka menanggalkan pakaian supaya mengaburkan identiti,” katanya.

Kejadian dilaporkan salah seorang penduduk yang terkejut melihat kotak infak sudah hilang di tempatnya selepas solat subuh.

Kotak itu ditemukan di tandas dalam keadaan sudah pecah dan kerugian dianggarkan sebanyak 400,000 rupiah.

Dua suspek yang ditahan polis

Jelas Rifki, kedua-dua suspek sudah ditahan semalam di lokasi berbeza.

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
7 September 2021, 10:17 pm
Video/gambar media sosial

#UtusanOnline
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong