VIDEO: Maut tercampak, jatuh ‘flyover’




JOHOR BAHRU – Hasrat murni seorang abang untuk membawa pulang adiknya selepas menerima vaksin Covid-19 berakhir tragedi apabila dia maut selepas tercampak jatuh dari laluan bertingkat Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) menghala ke Pandan di sini hari ini.



Dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun itu maut di tempat kejadian manakala adiknya berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan apabila terjatuh di lokasi kemalangan.



Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kejadian kemalangan itu dipercayai disebabkan motosikal itu terbabas sendiri dan melanggar tembok konkrik di Kilometer 4 Lebuh Raya EDL.


Katanya, mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah di Pasir Gudang selepas menghantar adiknya untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sini.

“Mangsa yang difahamkan terbabas dan tercampak ke laluan bawah Lebuh Raya EDL, kira-kira pada ketinggian 20 kaki dan mengalami cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



“Sementara itu, adiknya yang terjatuh di lokasi kejadian itu hanya mengalami kecederaan ringan di jari sahaja,” katanya dalam ketika dihubungi hari ini.

Raub berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat manakala adiknya menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.


Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- K! ONLINE

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
24 September 2021, 5:17 pm
Video/gambar Facebook: Ungku Ibrahim Ismail

#Kosmo
#infosemasa

Pautan siaran asal

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong