Lelaki mati lemas terjatuh dalam tasik ketika mendaki bukit


Pasir Gudang: Lelaki ditemukan mati lemas di Tasik Hijau Bukit Lunchu di sini, hari ini selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti mendaki bersama beberapa rakan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.22 pagi.

Katanya, dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Balai Bomba Johor Jaya bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat diketuai oleh Timbalan Penguasa Bomba II, Ibrahim Omar melakukan pencarian di sekitar kawasan persisiran tasik.

"Mangsa dikenali Mohd Faiz Daniel Maula Mohd Nor berusia 26 tahun akhirnya ditemukan di lokasi kedalaman 12 meter di tasik berkenaan pada 2.24 petang dan sejauh sembilan meter dari tempat dia dipercayai jatuh," katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dari Gelang Patah beriadah di kawasan berkenaan bersama lima hingga enam rakannya dan ketika mendaki bukit, terdapat batu jatuh terkena mangsa mengakibatkan dia terjatuh ke dalam tasik.

"Mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada 3.30 petang," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Disiarkan pada: September 11, 2021 @ 6:56pm
Oleh Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my
Gambar: Bomba

#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong