Pejalan kaki maut dilanggar motosikal






BATU PAHAT: Seorang pejalan kaki maut dilanggar sebuah motosikal ketika melintas di Kilometer 6, Jalan Kluang - Batu Pahat, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata kejadian berlaku pada jam 7.45 pagi ketika mangsa Ang Hui Yin, 46, melintas dan dilanggar motosikal yang ditunggang seorang lelaki berumur 53 tahun.

"Penunggang motosikal berkenaan ialah anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat yang dalam perjalanan ke tempat kerja.

"Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan maut di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, penunggang motosikal juga cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis menasihati pejalan kaki agar berhati-hati ketika melintas jalan. Pengguna jalan raya juga perlu lebih berhati-hati ketika memandu," katanya.

Essa Abu Yamin
bhnews@bh.com.my
September 13, 2021 @ 2:54pm
Gambar media sosial

#BeritaHarian
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong