Tak jadi terjun dengar siren bomba

27.09.2021 / ISNIN 

ANCAMAN BUNUH DIRI 
(BATAL NIAT MEMBUNUH DIRI SEBAB DENGAR SIREN BOMBA)
( Jangan mudah menghakimi kerana setiap orang ada 'struggle' dia yang tersendiri dan kita tidak tahu apa yang mereka lalui. Sebaiknya kita saling membantu dalam tempoh getir ini dan doakan yang baik-baik untuk semua pengakhiran sesama kita )

Laporan Kejadian :
BBP Paya Terubong menerima panggilan kecemasan cubaan membunuh diri seorang lelaki berketurunan cina dari tingkat 13 di Blok 11A, Flat Terubong Indah, Tingkat Paya Terubong 2, Paya Terubong.  Bagaimanapun sesampai pasukan penyelamat ke.lokasi kejadian, didapati mangsa tidak jadi meneruskan niat untuk membunuh diri setelah mendengar siren bomba dan terus melarikan diri yang disahkan oleh pihak pengurusan bangunan. Melaporkan kepada PGO perihal kejadian (laporan awal), jentera bersama anggota bertolak balik ke balai untuk tugasan lain.

No. Laporan : LM/PTG/210/2021
Tarikh : 27.09.2021/ Isnin / 0823 AM
Kom. Ops : PBK II Zulkhairi b. Mat Tanjil
Pasukan Bertugas: Pasukan A BBP PTG

"PTG - PERFORM TO be a GREAT"

- Balai Bomba Dan Penyelamat Paya Terubong

#infosemasa 

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong