Enam beranak melecur selamatkan diri dalam kebakaran



SABAK BERNAM – Enam beranak termasuk dua kanak-kanak melecur ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran memusnahkan rumah mereka di Pasir Panjang, Sekinchan di sini, awal pagi tadi.



Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi ketika kesemua mangsa iaitu Jamri Manap, 41 dan isteri, Jurina Aziz, 46 serta anak-anak mereka Mohd. Raziq Azrai, 19; Norhidayah, 17; Norain Jamalin, 12 dan Mohd. Zazil Hidayat, 8, dipercayai sedang tidur di rumah tersebut.



Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan 16 anggota termasuk pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan serta Sungai Besar bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 3.04 pagi.


Katanya, pemeriksaan mendapati sebuah rumah kampung dan kereta Proton Wira telah terbakar.



“Ketika kejadian, terdapat enam mangsa menghuni rumah itu dan mereka berjaya menyelamatkan diri ketika kebakaran berkenaan.


“Semua mangsa cedera melecur di beberapa anggota badan dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4.05 pagi.


“Punca sebenar kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. -K!ONLINE

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
28 September 2021, 10:54 am
Gambar: Bomba

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong