Dua maut, kereta terputus dua langgar pokok


MIRI, 6 September: Pemandu dan seorang penumpang maut apabila kereta yang dinaiki melanggar sebatang pokok di Jalan Kuala Baram By Pass berdekatan Shell Permyjaya malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata anggotanya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.05 malam.

Katanya, akibat pelanggaran itu, kenderaan dinaiki mangsa terputus dua.

Pasukan bomba yang tiba bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa yang masih terperangkap dalam kenderaan itu.


Mangsa seorang lelaki dan wanita bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

#BilikBeritaCATS 
#CATSFM
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong

Nenek di Brazil lahirkan cucu sendiri

Jumpa mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kaki