Motosikal terbabas semasa keluar cari kambing


SEBERANG PERAI – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di atas laluan batas sawah padi di Rantau Panjang, Kepala Batas di sini malam tadi.

Mangsa berusia 38 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas tanah kira-kira pukul 11.55 malam berdekatan motosikal jenis Honda EX5 yang ditungganginya.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang bekerja kilang itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan berhampiran selepas keluar untuk mengambil kambing peliharaannya dari kawasan sawah.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, siasatan mendapati mangsa datang dari arah kawasan sawah padi sebelum motosikalnya hilang kawalan.

“Motosikal mangsa kemudianya terbabas sebelum dia terjatuh.

“Lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan yang dialami pada leher,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kepala Batas di sini bagi urusan bedah siasat. – K! ONLINE

Oleh MOHD SYALMIZI HAMID
3 September 2021

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong

Nenek di Brazil lahirkan cucu sendiri

Jumpa mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kaki