Ribut geomagnetik landa Bumi hari ini

ILUSTRASI menunjukkan ribut geomagnetik yang berasal dari Matahari. - NASA

LONDON – Gangguan kepada magnetosfera Bumi dijangka berlaku hari ini susulan letusan besar medan magnet dan plasma dari korona Matahari pada 28 Ogos lalu, kata Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas Perkhidmatan Kaji Cuaca Nasional (SWPC) di Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun.

Ribut itu boleh menjejaskan grid dan transformer elektrik, mengganggu satelit dan menggugat komunikasi radio.

Satu kenyataan di laman SWPC menyatakan bahawa fenomena dikenali sebagai Lontaran Massa Korona (CME) itu  dijangka sampai ke Bumi semalam dan hari ini.

CME yang juga disebut sebagai ribut geomagnetik, diletakkan pada skala  1 hingga 5 yang mana 1 adalah paling lemah dan 5 paling berpotensi menyebabkan kerosakan.

Profesor Madya dari Institut Risiko dan Pengurangan Bencana, Dr. Robert Wicks  sebelum ini berkata, ribut geomagnetik boleh menyebabkan gangguan bekalan kuasa.

“Sekiranya ada ribut geomagnet yang cukup besar untuk memutuskan bekalan tenaga di Britain, ia menandakan radiasi di angkasa lepas adalah amat buruk.

“Ini akan menyebabkan satelit-satelit rosak atau tidak dapat beroperasi dalam tempoh tertentu yang mana komunikasi satelit, GPS dan ramalan cuaca akan berisiko terjejas,” katanya. – Agensi

Oleh KOSMO!
2 September 2021, 8:30 pm

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong

Nenek di Brazil lahirkan cucu sendiri

Jumpa mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kaki