Penunggang motosikal maut terlibat kemalangan di Bau



BAU: Seorang penungang motosikal maut akibat kecederaan parah selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Atas Singai, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata mangsa dikenali sebagai Bilson Ajang, 22, dari Kampung Sudoh Singai, Bau.

Menurutnya, semasa kejadian sekitar 8.30 pagi itu, mangsa dari arah Singai menuju ke Musi.

"Mangsa dari arah Jalan Singai, ketika melalui kawasan berselekoh telah hilang kawalan lalu terjatuh dan menggelongsor di atas jalan sehingga bertembung dengan sebuah kereta di laluan bertentangan.

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Bau untuk tindakan selanjutnya.

Manakala pemandu kereta dilaporkan tidak mengalami sebatang kecederaan.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Jeremy Lanson
Kategory Sarawak

#UtusanBorneo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong

Nenek di Brazil lahirkan cucu sendiri

Jumpa mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kaki