Lelaki cedera jatuh jambatan
SABAH 01 Sept - Seorang lelaki cedera selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Politeknik di Jalan Politeknik, KKIP Sepanggar, Manggatal sekitar jam 8.30 pagi semalam.
Siasatan polis mendapati, mangsa dan pakciknya berniat untuk keluar memancing bersama pada hari tersebut dan mereka keluar dari kediaman mereka di Telipok Ria sekitar jam 7.30 pagi.
Setibanya di tempat kejadian, mangsa mahu mengambil kedudukan di atas rod besi panjang bersebelahan dengan jambatan, mangsa tiba-tiba tergelincir dan terjatuh ke tebing sungai. Pakcik mangsa kemudian bergegas pergi ke bawah jambatan untuk mendapatkan mangsa.
Ketika mangsa sedang ditenangkan oleh pakciknya, seorang lelaki yang secara kebetulan melalui jambatan tersebut telah terserempak dengan mereka dan kemudian terus bergegas menuju ke SJR yang berdekatan dengan Kampus INTAN dan memaklumkan insiden tersebut kepada pegawai polis yang bertugas disana.
Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan hanya ada koyakan tisu di bahagian paha dan betis.
Mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Queen Elizabeth II.
Siasatan polis juga mendapati tiada elemen jenayah dalam insiden tersebut.
#infosemasa
@infosemasaofficial

Comments
Post a Comment