Kuching: Tiga lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di Jalan Bako, di sini semalam. Voon Fook Seng, 26, yang memandu Proton Gen 2 dan dua penumpang Ruzzie Bujek, 24, serta Mechelini Bujek, 28, meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat ketiga-tiganya dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat selepas menerima panggilan kecemasan jam 6.43 petang. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan dari arah pusat bandar Kuching menghala ke Bako. "Setibanya di lokasi, kereta hilang kawalan di selekoh, lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar pokok di pembahagi tengah jalan. "Ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi, hari ini. Alexson berkata, mayat mangsa dihantar Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) ...