Warga emas maut kenderaan terbabas

MIRI: Seorang lelaki warga emas maut apabila kenderaan pancuan empat roda yang dipandunya terbabas di Jalan Bulatan Park menghala ke arah Piasau, hari ini.
   
Mangsa yang dikenali sebagai Tan Ah Siang, 63, dari Lorong 3, Krokop di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
   
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata kemalangan yang berlaku sekitar jam 9.30 pagi itu hanya membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa.
   
Katanya, siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu lelaki warga emas itu datang dari arah bulatan Jalan Edward Jeli menghala ke bulatan berhampiran Saberkas.
   
"Setiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan dan masuk ke dalam parit.
   
"Pemandu kenderaan terbabit kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Miri yang turut bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan tentang kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan.
   
Menurut Alexson, hasil siasatan yang dilakukan di tempat kejadian mendapati punca kemalangan adalah disebabkan kecuaian pemandu sendiri kerana gagal mengawal kenderaan yang dipandunya.
   
Sehubngan itu kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
   
Sementara itu katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

Oleh Rosemaria Buma
Kategory Sarawak

#UtusanBorneo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong