Petugas stesen televisyen maut kemalangan ketika berbasikal






Cyberjaya: Seorang petugas di stesen televisyen dilaporkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika berbasikal di sini, hari ini.


Menurut sumber, mangsa yang menunggang basikal terbabit kemalangan dengan sebuah kereta.


Mangsa dikenali sebagai Jeffry Aziz dan kemalangan itu tular di laman sosial termasuk di Facebook Cyberjaya Community sejak pagi hari ini.


Mangsa yang juga pekerja Astro Production Sdn Bhd (APSB) dan menunggang basikal sendirian, meninggal dunia di tempat kejadian.


Berdasarkan gambar tular, basikal digunakan mangsa mengalami kerosakan teruk pada tayar bahagian belakang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya mengesahkan kejadian, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Disiarkan pada: October 22, 2021 @ 1:47pm
Oleh Samadi Ahmad
am@hmetro.com.my
Gambar: Media sosial

#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong