Mayat di bawah kapal



SIBU: Seorang pemancing terkejut ketika menemukan mayat seorang lelaki terapung di Batang Igan, di sini hari ini.

Mayat yang masih belum dapat dikenal pasti identiti itu tersangkut di bawah sebuah kapal.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3 petang.

"Unit Kereta Peronda (MPV) Sibu telah menerima panggilan kecemasan dan terus ke lokasi kejadian di sebuah jeti yang terletak di belakang Kem Sri Rejang (Rejimen 510 Askar Wataniah).

"Polis kemudian pergi menemui pemancing sebelum menunjukkan mayat yang tersangkut di bawah kapal," katanya ketika dihubungi.

Turut berada di lokasi ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Collin Babat.

Pemeriksaan pada tubuh badan mayat mendapati ada tatu simbol Nazi pada paha kiri mayat.

Mayat dihantar ke Hospital Sibu bagi urusan bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga agar menghubungi balai polis berhampiran.

Oleh Andy Sabang
Kategory Sarawak

#UtusanBorneo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong