Mayat bayi perempuan ditemukan dalam longgokan sampah


BUTTERWORTH: Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan ditemukan bersama-sama longgokan sampah di dalam tong sampah di kawasan Flat B4 Taman Bagan, di sini hari ini.


Mayat bayi yang dibalut dengan sehelai kain itu ditemukan seorang penduduk bersama dua lelaki warga Myanmar yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengutip sampah di kawasan flat tersebut kira-kira pukul 9.35 pagi.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, sepasukan polis ke lokasi penemuan mayat bayi tersebut sebaik sahaja menerima laporan sebelum mendapati mayat bayi berkenaan berada di dalam longgokan sampah.


“Siasatan lanjut kini sedang dijalankan untuk mengesan ibu serta pihak yang membuang mayat tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Tambah beliau, polis dengan bantuan penduduk setempat juga sedang mencari penduduk di sekeliling yang dalam pantang selepas bersalin atau yang diketahui hamil bagi membantu siasatan kes itu. – UTUSAN ONLINE


Oleh KHUZAIRI ISMAIL
23 Oktober 2021, 11:44 am
Gambar: Media sosial

#UtusanOnline
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong