Tulis nota mahu derma organ sebelum terjun pangsapuri


  
SEBERANG PERAI – Seorang wanita sempat menulis nota terakhir agar organnya diderma kepada ahli keluarganya sebelum terjun dari tingkat 13, Pangsapuri Hijau Indah, Mak Mandin di sini hari ini.


Mangsa berusia 46 tahun itu ditemui mati oleh orang awam dalam keadaan kepalanya pecah di tingkat bawah pangsapuri berkenaan kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Sumber MalaysiaGazette berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum pasukannya ke lokasi.

Hasil pemeriksaan mendapati wanita berkenaan tinggal di tingkat lima pangsapuri itu bersama adik serta bapanya.

“Hasil pemeriksaan di lokasi, pihak polis menemui sepasang selipar, cermin mata serta kerusi yang dipercayai digunakan wanita itu untuk terjun di tingkat 13.


“Selain itu, polis turut menemui sekeping nota yang ditinggalkan wanita itu di dalam biliknya bahawa dia tidak mahu hidup dan organnya boleh diberikan kepada ahli keluarga selepas kematiannya,” katanya hari ini.

Tambah sumber, siasatan lanjut mendapati, wanita itu mengalami masalah kemurungan susulan tiada pekerjaan sejak dua tahun lalu.

“Selain itu, wanita tersebut juga bergantung kepada ubat penenang dan masih menerima rawatan akibat kemurungan itu,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – MalaysiaGazette

Malinda Abdul Malik
19 October 2021

#MalaysiaGazette
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong