Wanita kemurungan ditemukan lemas


Teluk Intan: Wanita mengalami kemurungan yang dipercayai terjun ke Sungai Perak berhampiran Jeti Durian Sebatang, di sini, kelmarin ditemukan lemas tengah malam tadi.


Mayat mangsa berusia 49 tahun itu ditemui di Sungai Bidor berhampiran Kampung Beca, di sini, oleh orang awam yang memancing di sungai itu pada 12.05 tengah malam.

Mayat ditemui terapung kira-kira 2 kilometer (km) daripada lokasinya dipercayai terjun.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, susulan itu, polis bersama anggota bomba ke lokasi untuk tindakan lanjut.


"Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Sungai Durian Sebatang dan pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada unsur-unsur jenayah.

"Pengecaman mayat sudah dibuat oleh waris dan disahkan simati adalah orang hilang yang dilaporkan kepada pihak polis sebelum ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat yang akan dilakukan selepas memperoleh keputusan ujian saringan Covid-19.

Katanya, wanita itu didakwa mula mengalami kemurungan sejak dua bulan lalu, namun puncanya tidak dapat dipastikan oleh suaminya.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan, wanita yang mengalami kemurungan dipercayai terjun ke Sungai Perak, kelmarin.

Mangsa disedari sudah tiada di rumah pada 9 pagi dan suaminya kemudian cuba mencari wanita itu namun gagal ditemui selain isterinya juga gagal dihubungi.

Disiarkan pada: October 21, 2021 @ 12:03pm
Oleh Noor Hidayah Tanzizi
am@hmetro.com.my
Gambar: Bomba

#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong