Penunggang positif COVID-19 rempuh pikap



SUNGAI PETANI: Seorang penunggang motosikal meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan dengan trak pikap di persimpangan dekat Institut Kemahiran Mara (IKM), di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman, berkata mangsa yang melanggar lampu isyarat merah dalam kejadian 11 pagi itu memiliki rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah serta melanggar syarat kuarantin kerana masih memakai gelang merah jambu.

Katanya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala pemandu trak pikap tidak cedera.

Beliau berkata, pemandu trak pikap yang bekerja sebagai tukang paip datang dari arah Kelab Cinta Sayang menghala ke Lagenda Height.

Katanya, ketika pemandunya bergerak sejurus lampu isyarat hijau, secara tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa datang dari arah kiri dan merempuh trak pikap terbabit.

"Mangsa menunggang motosikal dengan laju dan melanggar lampu isyarat yang ketika itu masih merah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anuar berkata, semakan dengan Kementerian Kesihatan mendapati mangsa masih juga disahkan positif COVID-19.

"Mangsa orang dikehendaki polis dan mempunyai 14 rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah.

"Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Izad Thaqif Hassan
bhnews@bh.com.my
October 16, 2021 @ 3:36pm
Video/gambar: Media sosial

#BeritaHarian
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong