Kru produksi filem maut, 3 rakan parah



SETIU: Seorang kru produksi filem maut sementara tiga parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Kilometer 71, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhampiran simpang tiga Kampung Saujana, di sini.



Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang, Muhammad Nurshamril Abdul Malek, 27, dari Kuala Lumpur yang juga pemandu kereta Perodua Alza disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, ketika kejadian, mangsa bersama tiga rakan sekerjanya dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.



"Setibanya di tempat kejadian pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan terlanggar tunggul kayu yang berada di sebelah kiri jalan menghala ke Kuala Terengganu.



"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu mengeluarkan mangsa yang berada dalam kenderaan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.


Afandi berkata, penumpang hadapan dikenali Kamarul Anuar Mohamed Nasir, 39, dari Petaling Jaya, Selangor serta penumpang belakang, Amir Daniel Suhaimi, 23, dari Kuantan, Pahang retak tulang di bahagian leher.



"Sementara itu seorang lagi penumpang belakang kiri Nur Azizi Nazril Abd Aziz, 26, dari Kuala Lumpur putus tangan kiri," katanya.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Nurul Fatihah Sulaini
bhnews@bh.com.my
October 13, 2021 @ 7:02pm
Gambar: Media sosial

#BeritaHarian
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong