KOTA BHARU – Umur seorang lelaki yang dipercayai mengalami kemurungan masih panjang apabila dia ditemui dalam keadaan selamat, selepas terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan pertengahan 40-an diselamatkan oleh orang awam apabila terjatuh ke kawasan tanah di bawah jambatan tersebut. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati orang awam melihat mangsa menunggang motosikal seorang diri sebelum terjun dari Jambatan Tendong. Menurutnya, lelaki itu diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dia dibawa ke Klinik Kesihatan Tendong, Pasir Mas dengan menaiki ambulans. “Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil. “Siasatan turut mendapati, mangsa merupakan seorang duda dan tinggal bersama i...
Ingrid (kiri) bersama Rosicleia (kanan) sebelum proses kelahiran di sebuah pusat bersalin swasta di Brazil. - Newsflash BRASILIA, Brazil – Seorang wanita di negeri Santa Carina, Brazil sanggup menjadi ibu tumpang untuk melahirkan cucu sendiri selepas doktor memberi amaran kehamilan boleh meragut nyawa anak perempuannya, lapor akbar The Sun kelmarin. Rosicleia de Abreu Carlsem, 53, yang juga seorang guru, melahirkan cucu perempuannya, Maria Clara pada 19 Ogos lalu selepas hamil menerusi kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) hasil telur dan sperma daripada anak serta menantunya. Menurut Carlsem, anaknya, Ingrid tidak dinasihatkan untuk hamil selepas pernah mengalami komplikasi kesihatan yang meningkatkan risiko pendarahan serius ketika bersalin. Maria Clara dilahirkan ketika usia kandungan 37 minggu dengan berat 3.3 kilogram. – Newsflash “Bayi ini tetap milik Ingrid dan saya hanya menjadi medium untuk membesarkannya dalam rahim selama sembilan bulan serta melahir...
INDONESIA 08 Disember -Satu mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kedua-dua belah kaki ditemui di tebing sungai dekat Perumahan Bumi Satria Kencana, kelurahan Kayuringin Jaya, Bekasi Selatan, semalam. Mayat tersebut dijumpai sekitar jam 8 pagi waktu tempatan oleh pemilik bengkel berhampiran yang curiga dengan penemuan gunting dan pakaian berhampiran bengkel miliknya sekitar jam 8 pagi waktu tempatan ketika mahu memulakan perniagaan. Keadaan mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kedua belah kaki "Curiga dengan penemuan tersebut, beliau meninjau kawasan sekitar sebelum terkejut dengan penemuan mayat dalam keadaan mengerikan di tebing sungai dan bertindak melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis" katanya. Ketua polis Metro Bekasi Kota, Kombes Pol. Wijonarko mengesahkan kejadian. Keadaan mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kedua belah kaki "Hari ini kita menerima laporan berhubung penemuan satu mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kedua-dua belah kaki juga tidak ada...
Comments
Post a Comment