Suami isteri pula diberkas kes dera dua beradik


ISKANDAR PUTERI – Polis menahan dua lagi suspek berkaitan kejadian penderaan melibatkan dua beradik di Taman Selesa Jayadi sini Khamis lalu sebelum tular di media sosial sejak semalam


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kedua mereka yang ditahan itu merupakan sepasang suami isteri yang merupakan pengasuh kepada mangsa.


Katanya, kedua-dua suspek yang berusia 24 dan 32 tahun itu dikenakan tahanan reman bermula hari ini sehingga 12 Oktober bagi membantu siasatan.


“Sementara itu, dua daripada tiga individu yang ditahan polis sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam iaitu B. Mariamah, 60, dan anak perempuannya, R. Deeba, 37.


“Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


“Kedua-duanya yang tidak bekerja kemudian dikenakan jaminan RM15,000 masing-masing namun kerana gagal membayar, mereka ditahan di dalam lokap di Skudai,” katanya.


Semalam, Kosmo! melaporkan dua beradik berusia 6 dan 11 tahun didera dengan cara dipukul dengan rotan getah paip, disimbah dengan air panas selain dicucuh dengan puntung rokok dipercayai perbuatan pengasuh mereka.

Tambah Dzulkhairi, mahkamah kemudian menetapkan tarikh 24 November depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. -K! ONLINE

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
7 Oktober 2021, 4:24 pm
Gambar: Media sosial

Berita berkaitan: Dua beradik disimbah air panas, dicucuh api rokok

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong

Nenek di Brazil lahirkan cucu sendiri

Jumpa mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kaki