Warga emas maut kepala digilis lori





KUALA LANGAT – Seorang lelaki warga emas maut dalam keadaan menyayat hati apabila kepalanya digilis lori dalam kejadian di Kilometer 35.5 Jalan Klang-Banting-Port Dickson hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 70 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan beberapa bahagian kepala mangsa bersepai di jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y10SS2 dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kelanang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai telah melanggar pembahagi jalan segi tiga selekoh lalu jatuh ke lorong sebelah kiri jalan.

“Mangsa kemudiannya digilis di bahagian kepala oleh sebuah lori yang sedang bergerak terus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Ujar Ahmad Ridhwan, berdasarkan keterangan seorang saksi bebas, dia tidak sempat mencatitkan nombor pendaftaran lori itu kerana tidak berhenti .

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-301 2621 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat menerusi talian 03-3187 2222” katanya. – K! ONLINE

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
29 Oktober 2021, 11:28 pm
Gambar: Media sosial

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong